8 December 2012

Bila Aku Obses Dengan Crush Sendiri?












Assalamualaikum.
Hai semua ^.6
Hari yang indahkan? Hahaha... Aku ni, hari-hari indah, biasalah cuti sekolah. Last update tengah malam semalam. Hari ini, bertambah-tambah rajin pula nak update. Errrr... Apa aku nak cakap ya? 
Haaaa?! Dah ingat!
Aku? Obses? Dengan crush sendiri? Hmm, tak tahu lah, nampaknya macam tu lah. Mungkin kena tanya bestie sendiri... Aku terjumpa banyak nama dia dalam beg sekolah, tak sangka time last day sekolah tu aku banyak conteng nama dia atas kertas. Heee~ Dari situlah aku tahu yang aku ni obseskan dia. Wuuu~ Penuh tong sampah aku buang kertas-kertas tu semua. Now? Obses? No! Aku tak suka dia dah okay?! Tak tahulah macam mana aku boleh suka dia. Hahaha... Kesian kawan-kawan aku, mesti banyak aku membebel dengan diarang pasal "ex-crush" aku tu. Now? Ada crush lain? Hahhaha~ Aku dah malas nak fikir. Apa nak jadi-jadilah, bukannya penting crush ni semua. Menyemak sebenarnya adalah. Taken? Jauh sekali. Tak teringin langsung okay?! Aku nak kejar cita-cita? Yes! Memanglah sebab itu yang utama. Aku baru form1 kot. Tak best cerita pasal benda ni. Sekarang.... aku anti-benda ni semua. Eh? Hahhahah~ 

7 December 2012

Blog Aku Bertukar Lagi?

Assalamualaikum 

Lamanya tak update, setiap kali korang singgah mesti berubah-rubah kan? Hehehe... Itu lah kerja aku sebenarnya. Bila lama tak buka mula la rasa bosan tengok blog sendiri. Kali ni aku buat blog bertemakan merah. Heee~ Cuba scroll dari atas sampai bawah. Semua dah lain. Banyak guna Tutorial dari " Jom Bina Blog " . Terima kasih sangat-sangat dekat tuan punya blog sebab terlampau baik hati nak kongsikan tutorial yang best-best. Take time juga la nak edit, aku ni makin hari makin malas nak ber'blog' sebenarnya. Itu lah, salah sendiri juga, siapa suruh menggatal tangan sangat nak buat blog. Kalau dah buat tu, hehehe... Teruskan je lah. Hmm, cuti sekolah ni aku akan banyak update pasal kek kot. Naik gemuk aku, mama asyik ajak buat kek je. Stok coklat pun makin lama lenyap. Ice lemon tea? Lama juga aku tak minum. Alahai~ mengidam la pula. Jadi, sampai sini je la dapat update tak boleh cerita panjang2. Meletup juga laptop aku ni.

Bye. Assalamualaikum. Salam Jumaat.
^.^V

22 November 2012

Road Run Luar Shopping Mall?

Hai... Salam Jumaat... Hari yang Indah kan? Awan pun macam mendung je. Harap tak hujan lah.
Eh? Sekarang ni bukan nak cerita pasal hujan atau tak. Road Run Luar Shopping Mall? Gara-gara 'Istanbul Aku Datang' la aku terpaksa lari macam orang gila, tempuh hujan petir pergi lari kejar bas. Hahaha Lawak kan? Bukan selalu dapat keluar pergi 'hang' dengan sepupu kesayangan aku berdua. Baru ingat nak spent time lama-lama dekat mall tu. Haih -_-t. Tengah-tengah syok layan wayang tiba-tiba mama call.

"Dah naik bas ke belum?"
"Belum."
"Bila nak balik?"
"Orang tengah tengok wayang la."
"Amboi, bahagianya hidup. Lantak kau la ibu tak nak ambil. Nak hujan ni. Naik bas tau?"
"*muka cuak* ye la~"
Aku pun terpaksa beralah naik bas la jawabnya. Dalam wayang tu aku cemas. Siap dengar bunyi guruh sambung menyambung. Part sedih tiba-tiba tak boleh menangis. Aku risau memanjang dalam wayang. Nasib dah nak habis. Tapi punya lama aku tunggu tak habis-habis. Aku pun apa lagi, campak tepi semua masalah. Join semua penonton menangis sekali... Hehehe Alhamdulillah aku selamat sampai rumah... Naik bas mini pun tak apa lah asal aku dapat balik...
Dalam perjalanan tu sebenarnya, banyak benda yang jadi! Sampai kawasan perumahan time tengah azan Maghrib. Alhamdulillah tak ramai yang merayap, tak ada lah aku kena kacau. Kacau? Sebenarnya ada... Seorang mamat ni boleh kata kitarang balik kerja?! Aku? Buat muka comel tak layan. Boleh pula mamat tu kata kitarang hantu? Hantu pun boleh~ Tak takut ke bang? Sekali hantu ni 'ngap' abang, mati tahu? Beranilah kacau...
Time tengah jalan lenggang on the way nak sampai rumah tu, tiba-tiba ada satu motor berhenti betul-betul sebelah kitarang. Mahu tak cuak? Mati-mati aku ingat mamat-mamat motor tu ajak naik motor dia time Maghrib macam tu. Hahaha~ Alhamdulillah tak. Dia tanya surau dekat mana. Aku blur gila time tu! Jalan nak ke surau memang susah. Aku pun tergagap-gagap nak cakap. Last-last mamat tu bla. Yang aku tak fahamnya, masjid punyalah besar dia boleh tak nampak?! Aku pun tak terfikir nak suruh dia pergi masjid je. Hahaha~ Yeayh! Finally, sampai rumah juga!

12 November 2012

Tutorial : Remove Attribution

Hai semua ! Hari ini aku nak buat tutorial untuk korang macam mana nak "Remove Attribution". Rimaskan benda ni sebenarnya. Buat semak je. Kalau blogger interface yang lama korang kena edit tukar kod ayat dia. Untuk blogger interface yang baru ni, kerja korang senang je.

Attribution tu apa? Cuba view blog korang. Dekat bahagian bawah sekali blog korang tu ada tulis Powered by Blogger. Kalau tak ada maksudnya, benda tu korang dah remove awal-awal lagi. 

Jadi, siapa yang tak suka benda tu, boleh buang masuk tong sampah. Hehehe. Ikut je step-step dekat bawah ni.

1. Sign in > Dashboard > Layout

2.  Dekat bahagian bawah sekali layout korang tu ada tulis "Attribution". Korang klik. Lepastu tekan remove.

Senangkan? Selamat mencuba....