7 December 2012

Blog Aku Bertukar Lagi?

Assalamualaikum 

Lamanya tak update, setiap kali korang singgah mesti berubah-rubah kan? Hehehe... Itu lah kerja aku sebenarnya. Bila lama tak buka mula la rasa bosan tengok blog sendiri. Kali ni aku buat blog bertemakan merah. Heee~ Cuba scroll dari atas sampai bawah. Semua dah lain. Banyak guna Tutorial dari " Jom Bina Blog " . Terima kasih sangat-sangat dekat tuan punya blog sebab terlampau baik hati nak kongsikan tutorial yang best-best. Take time juga la nak edit, aku ni makin hari makin malas nak ber'blog' sebenarnya. Itu lah, salah sendiri juga, siapa suruh menggatal tangan sangat nak buat blog. Kalau dah buat tu, hehehe... Teruskan je lah. Hmm, cuti sekolah ni aku akan banyak update pasal kek kot. Naik gemuk aku, mama asyik ajak buat kek je. Stok coklat pun makin lama lenyap. Ice lemon tea? Lama juga aku tak minum. Alahai~ mengidam la pula. Jadi, sampai sini je la dapat update tak boleh cerita panjang2. Meletup juga laptop aku ni.

Bye. Assalamualaikum. Salam Jumaat.
^.^V